Thursday, 17 March 2016

Teknik Menghafal Efektif





1.            Tentukan Perkara Yang Perlu Diingat (ISI PENTING)
ü  Ingat perkara penting dahulu & abaikan perkataan penyedap ayat.
ü  Gunakan bahasa atau singkatan yang kamu suka

2.            Isi Disusun dengan Betul
ü  Isi di susun mengikut keutamaan supaya lebih teratur terutama yang melibatkan susunan atau aturan.
ü  Ringkasan aturan isi tersebut dengan grafik atau warna atau nombor

3.            Hafal Isi Yang DiBaca
ü  Baca dengan suara yang jelas dan dapat didengar oleh telinga sendiri
ü  ada kalanya gunakan cermin cakap depan cermin


4.            Lakukan Ulangkaji sekerap Mungkin
ü  bacalah selagi mampu
ü  buat sesuatu yang sama berulang-ulang sehingga anda boleh kata "ini aku dah tahu dah, senang aje.."

5.            Cuba Ingat Semula Apa yang Telah dibaca
ü  selepas kita berasa yakin, tutup nota dan cuba tulis semula apa yang kita hafal tadi. Jika masih ada nota yang kita terlupa, buka balik nota dan hafal balik. Dan
ü  akhir sekali cuba tulis semula apa yang kita hafal. Disini kita akan melatih otak kita untuk membuat recall balik terhadap apa yang kita baca dan hafal.


KAEDAH TAMBAHAN

Kaedah AKROSTIK
Ada masanya pula gabungan huruf-huruf ini tidak mempunyai sebarang makna ataupun tidak mempunyai huruf vokal yang membolehkannya dijadikan sebutan. Bagt mengatasi masalah sebegini teknik akrostik dapat digunakan. Teknik akrostik menggunakan huruf pertama ataupun beberapa huruf awal dan dijadikan satu ayat lain yang mudah diingati.

Contoh:

Tujuh susunan warna yang terhasil daripada sinaran cahaya yang melalui prisma adalah merah, oren, kuning, hijau, biru, biru tua, ungu ataupun MOKHBBtU. Memang sukar bagi mengingati MOKHBBtU itu. Oleh itu, teknik akrostik dapat digunakan dan menukar perkataan MOKHBBtU menjadi satu ayat yang lebih mudah diingati seperti:

“Memang Orang Kita Haru Biru Bertuankan Unta”

Kaedah AKRONIM
Akronim adalah teknik ingatan yang menggabungkan huruf pertama sesuatu fakta dan dijadikan satu perkataan lain yang mempunyai makna dan mudah diingati.
Contoh:
Lima kategori haiwan bertulang belakang — RIMBA
R — Reptilia
I— Ikan
M — Mamalia
B — Burung
A — Amfibia

Sistem GAMBAR
Anda boleh cipta apa sahaja simbol, rajah atau­pun gambar mengikut kreativiti sendiri bagi me­wakiji sesuatu maklumat. Gambar mudah di hafal dalam fikiran berbanding perkataan



Sistem IRAMA
Jadikan hafalan dalam bentuk lagu contohnya lagu Asma Ul-Husna (nama-nama nabi)



*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Mahu yang LEBIH EFEKTIF, pilih makanan berkhasiat untuk minda supaya lebih mudah menghafal. Supplement minda Br hom sangat membantu otak berfungsi dgn lebih baik terutamanya untuk hafalan. Alhamdulillah TERBUKTI berkesan dan menjadi pilihan utama ibu bapa....!! 























No comments:

Post a Comment