Cara #1: Cari tempat belajar
yang sesuai.
Bilik
tidur tak sesuai jadi tempat belajar. Carilah tempat yang bersih dan cantik,
ada kerusi yang selesa. Yang penting bebas dari tv, komputer atau telefon.
Jauhkan sebarang gajet dari anda. OFFkan dan putuskan network internetnya.
Cara #2: Sediakan semua bahan
yang diperlukan untuk belajar.
Pastikan
semua barang yang kita nak guna masa belajar dah sedia ada. Pen, buku, pemadam,
kalkulator dan sebagainya. Ia adalah sangat mengganggu masa belajar kalau ada
benda tiada di meja dan kita tinggalkan tempat belajar untuk cari alat
tersebut. Semangat pun boleh tiba-tiba hilang tau.
Cara #3: Cari teman belajar
Bila
kita belajar seorang, ramai mengeluh sebab banyak hilang fokus, mungkin sebab
mengantuk atau layan gajet. Cuba cari teman untuk belajar yang ada kesungguhan
dan fokus.
Jangan
pilih teman baik yang suka berborak, nanti habis masa sebab berborak sahaja.
Rugi!
Tips
pilih teman belajar:
1)
Adakala belajar dengan teman tidak sesuai. Jika anda seorang ekstrovert(suka
bergaul dan gemar bercakap), anda tidak sesuai belajar bersama teman. Jika anda
sebaliknya, bersifat introvert dan pemalu, anda mungkin sesuai pilih teman
untuk belajar. Tetapi ia tidak jamin juga jika teman anda seorang yang suka
berbual.
2)
Pilih seseorang yang lebih bijak dari anda. Ia nampak remeh, tapi ramai yang
tak perasan tips ini sangat bantu dapatkan hasil belajar yang jauh lebih
positif.
Cara #4: Pilih snek sesuai
Jangan
pilih minuman minuman tenaga dan kopi, kerana ia boleh lemahkan badan dengan
lebih cepat. Buah-buahan dan air kosong adalah bagus untuk kekal cerdas,
mungkin kekacang ringkas juga.
#Amalkan
supplement minda Br Hom setiap hari >>>
Cara #5: Take 5
Untuk
kekal fokus, anda perlu juga berehat. Selepas belajar 45 minit, ambil masa 10
minit untuk berehat dan buat perkara lain. Jangan ambil masa lebih lama dari 20
minit.
Tips berehat:
1) Plan masa untuk berehat. Pukul berapa
nak berehat, pukul berapa nak sambung semula. Ia penting supaya tidak terlajak
rehat lebih lama.
2) Kenapa ambil masa berehat? Minda kita
perlukan masa untuk recharge selepas proses maklumat. Dalam beberapa kajian,
ambil peluang untuk berehat boleh kuatkan memori dan tingkat pencapaian dalam
peperiksaan/ujian.
Cara #6: Rasakan Bahang Motivasi
Nak
periksa, kita kena belajar. Kekalkan motivasi ketika ulangkaji dengan set minda
dengan mencabar. Mencabar apa? Ya. Jangan jadikan peperiksaan sebagai beban, tapi
katakan pada diri dan cabar diri anda untuk capai sesuatu untuk peperiksaan,
1) Pilih satu MATLAMAT untuk peperiksaan
anda walaupun agak mustahil. Kita akan automatik rasa termotivasi dengan
matlamat yang kita sendiri sedang capai.
2) Sogok dengan hadiah. Diri kita juga
akan terdorong untuk fokus belajar bila ada hadiah.
"Kalau
aku berjaya capai A dalam subjek ini, saya akan pergi belikan 2 pasang jeans
untuk diri sendiri".
Simple step, tapi mana tahu berkesan kan?
3) Cakap pada diri sendiri yang belajar
itu penting. Sentiasa ingatkan diri sendiri, dengan belajar anda boleh capai
banyak benda baik. Mungkin dengan pencapaian yang baik, boleh mudah dapat
kerja. Mungkin dengan 4.0 flat, anda tak perlu lagi bayar pinjaman pendidikan.
Ingatkan sesuatu kebaikan dari apa yang sedang anda buat.
No comments:
Post a Comment