1. Tiada matlamat
yang jelas mengapa mereka mesti belajar dan manfaat ilmu yang dipelajari itu
dengan kehidupan masa depan, sama ada di dunia ataupun di akhirat.
2. Kurangnya
minat dan motivasi dalaman diri. Mereka ini tidak nampak adakah perlunya mereka
belajar dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
3. Berasa
sudah cukup selesa dengan apa yang ada. Biasanya masalah ini berlaku kepada
mereka yang datang dari keluarga yang senang dan berada.
4. Tidak cukup rehat dan tidur. Otak kita memerlukan
istirehat yang cukup bagi membolehkan otak berfikir dengan baik dan segar.
Apabila otak yang tidak mendapat tidur dan rehat yang cukup, akan cepat penat
dan hilang kemampuan untuk menumpu. Maka itulah malas terjadi.
5. Amalan
belajar pada waktu malam. Ini biasa terjadi kepada pelajar generasi muda hari
ini yang lebih selesa menghabiskan masa berjaga dan belajar pada malam hari.
Pada siang hari mereka terpaksa hadir ke sekolah untuk belajar dan sibuk dengan
pelbagai aktiviti.
6. Keasyikan kepada dunia media sosial seperti facebook,
twitter, whatsapp dan sebagainya juga menjadi penyumbang utama kepada masalah
ini.
7. Mungkin juga anda
telah memberikan tumpuan belajar yang terlalu lama. Ini menjadikan otak penat dan kehilangan
tenaga.
8. Kurang membabitkan
diri dengan aktiviti senaman dan sukan yang menyegarkan badan. Ini menjadikan
badan kita tidak dapat mengeluarkan hormon-hormon tertentu yang boleh
menyegarkan dan member tenaga untuk belajar dengan berkesan.
9. Terlalu banyak minum minuman berkafein seperti teh tarik,
kopi, coca-cola, pepsi-cola dan sebagainya. Ini menjadikan saraf-saraf tubuh
dan otak terlalu bergantung kepada kafein ini untuk bekerja. Apatah lagi jika
diminum sebelum tidur. Otak akan terus bekerja meskipun kita sedang tidur
disebabkan kafein ini. Oleh itu, pada siang hari kita menjadi letih dan malas.
10. Faktor persekitaran yang tidak memberangsangkan. Jika
kita bergaul dengan rakan-rakan sebaya yang lemah dan kurang semangat belajar,
ataupun orang lain yang selalu cuba merendah-rendahkan semangat dan kemampuan
kita. Ini juga menjadikan kita malas untuk belajar.
nak tahu 8
TIPS MENGATASI MALAS + 1 TIPS BONUS..?
No comments:
Post a Comment