Monday, 28 March 2016

KENAPA MALAS BELAJAR..??







1.            Tiada matlamat yang jelas mengapa mereka mesti belajar dan manfaat ilmu yang dipelajari itu dengan kehidupan masa depan, sama ada di dunia ataupun di akhirat.





2.            Kurangnya minat dan motivasi dalaman diri. Mereka ini tidak nampak adakah perlunya mereka belajar dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.





3.            Berasa sudah cukup selesa dengan apa yang ada. Biasanya masalah ini berlaku kepada mereka yang datang dari keluarga yang senang dan berada.




4. Tidak cukup rehat dan tidur. Otak kita memerlukan istirehat yang cukup bagi membolehkan otak berfikir dengan baik dan segar. Apabila otak yang tidak mendapat tidur dan rehat yang cukup, akan cepat penat dan hilang kemampuan untuk menumpu. Maka itulah malas terjadi.





5.            Amalan belajar pada waktu malam. Ini biasa terjadi kepada pelajar generasi muda hari ini yang lebih selesa menghabiskan masa berjaga dan belajar pada malam hari. Pada siang hari mereka terpaksa hadir ke sekolah untuk belajar dan sibuk dengan pelbagai aktiviti.




6. Keasyikan kepada dunia media sosial seperti facebook, twitter, whatsapp dan sebagainya juga menjadi penyumbang utama kepada masalah ini.




7.  Mungkin juga anda telah memberikan tumpuan belajar yang terlalu lama. Ini menjadikan otak penat dan kehilangan tenaga.





8.  Kurang membabitkan diri dengan aktiviti senaman dan sukan yang menyegarkan badan. Ini menjadikan badan kita tidak dapat mengeluarkan hormon-hormon tertentu yang boleh menyegarkan dan member tenaga untuk belajar dengan berkesan.



9. Terlalu banyak minum minuman berkafein seperti teh tarik, kopi, coca-cola, pepsi-cola dan sebagainya. Ini menjadikan saraf-saraf tubuh dan otak terlalu bergantung kepada kafein ini untuk bekerja. Apatah lagi jika diminum sebelum tidur. Otak akan terus bekerja meskipun kita sedang tidur disebabkan kafein ini. Oleh itu, pada siang hari kita menjadi letih dan malas.






10. Faktor persekitaran yang tidak memberangsangkan. Jika kita bergaul dengan rakan-rakan sebaya yang lemah dan kurang semangat belajar, ataupun orang lain yang selalu cuba merendah-rendahkan semangat dan kemampuan kita. Ini juga menjadikan kita malas untuk belajar.

nak tahu  8 TIPS MENGATASI MALAS + 1 TIPS BONUS..? 

Thursday, 17 March 2016

Teknik Menghafal Efektif





1.            Tentukan Perkara Yang Perlu Diingat (ISI PENTING)
ü  Ingat perkara penting dahulu & abaikan perkataan penyedap ayat.
ü  Gunakan bahasa atau singkatan yang kamu suka

2.            Isi Disusun dengan Betul
ü  Isi di susun mengikut keutamaan supaya lebih teratur terutama yang melibatkan susunan atau aturan.
ü  Ringkasan aturan isi tersebut dengan grafik atau warna atau nombor

3.            Hafal Isi Yang DiBaca
ü  Baca dengan suara yang jelas dan dapat didengar oleh telinga sendiri
ü  ada kalanya gunakan cermin cakap depan cermin


4.            Lakukan Ulangkaji sekerap Mungkin
ü  bacalah selagi mampu
ü  buat sesuatu yang sama berulang-ulang sehingga anda boleh kata "ini aku dah tahu dah, senang aje.."

5.            Cuba Ingat Semula Apa yang Telah dibaca
ü  selepas kita berasa yakin, tutup nota dan cuba tulis semula apa yang kita hafal tadi. Jika masih ada nota yang kita terlupa, buka balik nota dan hafal balik. Dan
ü  akhir sekali cuba tulis semula apa yang kita hafal. Disini kita akan melatih otak kita untuk membuat recall balik terhadap apa yang kita baca dan hafal.


KAEDAH TAMBAHAN

Kaedah AKROSTIK
Ada masanya pula gabungan huruf-huruf ini tidak mempunyai sebarang makna ataupun tidak mempunyai huruf vokal yang membolehkannya dijadikan sebutan. Bagt mengatasi masalah sebegini teknik akrostik dapat digunakan. Teknik akrostik menggunakan huruf pertama ataupun beberapa huruf awal dan dijadikan satu ayat lain yang mudah diingati.

Contoh:

Tujuh susunan warna yang terhasil daripada sinaran cahaya yang melalui prisma adalah merah, oren, kuning, hijau, biru, biru tua, ungu ataupun MOKHBBtU. Memang sukar bagi mengingati MOKHBBtU itu. Oleh itu, teknik akrostik dapat digunakan dan menukar perkataan MOKHBBtU menjadi satu ayat yang lebih mudah diingati seperti:

“Memang Orang Kita Haru Biru Bertuankan Unta”

Kaedah AKRONIM
Akronim adalah teknik ingatan yang menggabungkan huruf pertama sesuatu fakta dan dijadikan satu perkataan lain yang mempunyai makna dan mudah diingati.
Contoh:
Lima kategori haiwan bertulang belakang — RIMBA
R — Reptilia
I— Ikan
M — Mamalia
B — Burung
A — Amfibia

Sistem GAMBAR
Anda boleh cipta apa sahaja simbol, rajah atau­pun gambar mengikut kreativiti sendiri bagi me­wakiji sesuatu maklumat. Gambar mudah di hafal dalam fikiran berbanding perkataan



Sistem IRAMA
Jadikan hafalan dalam bentuk lagu contohnya lagu Asma Ul-Husna (nama-nama nabi)



*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
Mahu yang LEBIH EFEKTIF, pilih makanan berkhasiat untuk minda supaya lebih mudah menghafal. Supplement minda Br hom sangat membantu otak berfungsi dgn lebih baik terutamanya untuk hafalan. Alhamdulillah TERBUKTI berkesan dan menjadi pilihan utama ibu bapa....!! 























Wednesday, 16 March 2016

6 Cara untuk Fokus dalam Belajar

Cara #1: Cari tempat belajar yang sesuai.




Bilik tidur tak sesuai jadi tempat belajar. Carilah tempat yang bersih dan cantik, ada kerusi yang selesa. Yang penting bebas dari tv, komputer atau telefon. Jauhkan sebarang gajet dari anda. OFFkan dan putuskan network internetnya.



Cara #2: Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk belajar.

Pastikan semua barang yang kita nak guna masa belajar dah sedia ada. Pen, buku, pemadam, kalkulator dan sebagainya. Ia adalah sangat mengganggu masa belajar kalau ada benda tiada di meja dan kita tinggalkan tempat belajar untuk cari alat tersebut. Semangat pun boleh tiba-tiba hilang tau.



Cara #3: Cari teman belajar

Bila kita belajar seorang, ramai mengeluh sebab banyak hilang fokus, mungkin sebab mengantuk atau layan gajet. Cuba cari teman untuk belajar yang ada kesungguhan dan fokus.

Jangan pilih teman baik yang suka berborak, nanti habis masa sebab berborak sahaja. Rugi!

Tips pilih teman belajar:

1) Adakala belajar dengan teman tidak sesuai. Jika anda seorang ekstrovert(suka bergaul dan gemar bercakap), anda tidak sesuai belajar bersama teman. Jika anda sebaliknya, bersifat introvert dan pemalu, anda mungkin sesuai pilih teman untuk belajar. Tetapi ia tidak jamin juga jika teman anda seorang yang suka berbual.

2) Pilih seseorang yang lebih bijak dari anda. Ia nampak remeh, tapi ramai yang tak perasan tips ini sangat bantu dapatkan hasil belajar yang jauh lebih positif.



Cara #4: Pilih snek sesuai

Jangan pilih minuman minuman tenaga dan kopi, kerana ia boleh lemahkan badan dengan lebih cepat. Buah-buahan dan air kosong adalah bagus untuk kekal cerdas, mungkin kekacang ringkas juga.

#Amalkan supplement minda Br Hom setiap hari >>> 



Cara #5: Take 5

Untuk kekal fokus, anda perlu juga berehat. Selepas belajar 45 minit, ambil masa 10 minit untuk berehat dan buat perkara lain. Jangan ambil masa lebih lama dari 20 minit.

Tips berehat:
1) Plan masa untuk berehat. Pukul berapa nak berehat, pukul berapa nak sambung semula. Ia penting supaya tidak terlajak rehat lebih lama.

2) Kenapa ambil masa berehat? Minda kita perlukan masa untuk recharge selepas proses maklumat. Dalam beberapa kajian, ambil peluang untuk berehat boleh kuatkan memori dan tingkat pencapaian dalam peperiksaan/ujian.



Cara #6: Rasakan Bahang Motivasi

Nak periksa, kita kena belajar. Kekalkan motivasi ketika ulangkaji dengan set minda dengan mencabar. Mencabar apa? Ya. Jangan jadikan peperiksaan sebagai beban, tapi katakan pada diri dan cabar diri anda untuk capai sesuatu untuk peperiksaan,

Tips kekal motivasi:

1) Pilih satu MATLAMAT untuk peperiksaan anda walaupun agak mustahil. Kita akan automatik rasa termotivasi dengan matlamat yang kita sendiri sedang capai.

2) Sogok dengan hadiah. Diri kita juga akan terdorong untuk fokus belajar bila ada hadiah.

"Kalau aku berjaya capai A dalam subjek ini, saya akan pergi belikan 2 pasang jeans untuk diri sendiri". Simple step, tapi mana tahu berkesan kan?


3) Cakap pada diri sendiri yang belajar itu penting. Sentiasa ingatkan diri sendiri, dengan belajar anda boleh capai banyak benda baik. Mungkin dengan pencapaian yang baik, boleh mudah dapat kerja. Mungkin dengan 4.0 flat, anda tak perlu lagi bayar pinjaman pendidikan. Ingatkan sesuatu kebaikan dari apa yang sedang anda buat.