Monday, 22 August 2016

COUNTDOWN UPSR!


PEPERIKSAAN UPSR SEMAKIN DEKAT!

10 HARI SAHAJA LAGI!


Adakah anak anda bakal menduduki UPSR tahun ini?

Sudahkan anda memberikan sokongan dari dalaman dan luaran utk permata hati anda?

Pastinya anda ibu bapa yang prihatin dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk mereka..

Jom bantu anak anda dengan SUPPLEMENT MINDA BR HOM + PLUS supaya anak 

LEBIH MUDAH FOKUS! MUDAH FAHAM! MUDAH HAFAL!



IN SYAA ALLAH ANAK ANDA AKAN LEBIH BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR!

Friday, 29 July 2016

9 AMALAN HARI JUMAAT YANG BESAR GANJARANNYA

AMALAN PERTAMA

Bersihkan diri



Kita disunatkan mandi, mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yang sebaik-baiknya sebelum menunaikan fardu Jumaat 

Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

AMALAN KEDUA
Membaca Surah Ali-Imran
Sabda Nabi s.a.w. yangb bermaksud: “Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo’akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.”
AMALAN KETIGA
Membaca Surah Al-Kahfi
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”
AMALAN KEEMPAT
 Mengucapkan Selawat Ke atas Nabi s.a.w. 

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksid: “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)”.
(HR.Al-Baihaqi) Allah Taala juga ada berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah Taala dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi)”. (QS.Al-Ahzab:56)
AMALAN KELIMA
Membaca Yassin
Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah
AMALAN KEENAM
Mandi Sunat Jumaat

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.” 
Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu. (Muttafaq alaih)
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama. (HR.Imam Abu Daud dan Tarmidzi).
AMALAN KETUJUH
 Solat Jumaat

Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar. 
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur. Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.”
AMALAN KELAPAN
Berdoa Bersungguh-sungguh

Majoriti ulama’ berpendapat bahawa makbulnya do’a yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua. 
Ibnu Qayyim Al-Jauzi mengatakan: Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat. Kedua, sesudah Asar. Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdo’a) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan do’anya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan. (HR.At-Tirmidzi).
Sebuah hadith daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan”. (HR.Al-Bukhari dan Muslim)
AMALAN KESEMBILAN
 Banyakkan Bersedekah

Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya. 
Ibnu Qayyim berkata: Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya. Hadis dari Kaâab menjelaskan: Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.
TAK BUAT RUGI… Berikut adalah 9 amalan paling utama dan hebat keuntungannya bagi mereka yang mengamalkannya. Bergembira dan berbahagialah bagi mereka yang bersungguh-sungguh meraih keuntungan padanya dan amatlah ruginya mereka yang mengabaikannya!

Wednesday, 20 July 2016



Doa untuk anak hadapi peperiksaan UPSR dan peperiksaan lain yang penting
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak-anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Ikhlaskan hati anak-anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan semata-mata kerana Mu ya Allah. Semata-mata kerana Mu ya Allah.
Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.
Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak-anak kami akan menduduki peperiksaan (UPSR/PMR/SPM/STPM). Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan ini yang mereka hadapi ya Allah.
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan ini nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan ini. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah, Ya Tuhan kami
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak-anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.
Ya Alah,
Berikanlah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak-anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamkanlah sihat mahmunah dalam diri dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertaqwa
Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak sahabat kami ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang mahu mereka berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.
Jauhkanlah hati mereka dariapda melakukan amalan-amalan yang membawa ke neraka Mu ya Allah. Tetapkanlah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Ya Alah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkau tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang mencipta kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.
Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang vakan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin

Wednesday, 13 July 2016

MUSIM PEPERIKSAAN KEMBALI LAGI!



Musim peperiksaan kembali lagi :)

Bagi calon-calon peperiksaan seperi UPSR, PT3, SPM dan STPM tentunya perlu bersedia dari sudut mental dan fizikal. 
Setiap kali musim peperiksaan tiba ibu bapa menjadi insan paling penting dalam memberi sokongan & dorongan kepada anak masing-masing dalam menempuh alam peperiksaan. 
Mereka jugalah insan yang paling sibuk membuat persiapan untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak.

Masih juga ada segelintir ibu bapa di luar sana yang tidak tahu bahawa 
faktor pemakanan menyumbang kepada perkembangan minda anak-anak.

Sebagai contoh:

Nur Amalina Che Bakri 
Pada Tahun 2004, Nur Amalina Che Bakri membuat kejutan apabila berjaya mendapat 17A1 dalam keputusan peperiksaan SPM yang diumumkan.  
Dia seorang pelajar yang sangat menjaga pemakanannya. 
 Dia tidak makan makanan ringan, makanan segera dan tidak minum minuman berkarbonat. 
Dia juga tidak makan organ dalaman binatang.  


 Azali Azlan
Pada Tahun 2007 pula seorang pelajar dari Sekolah Menengah Agama Yan, Kedah, iaitu Azali Azlan membuat kejutan yang lebih besar lagi iaitu dengan mendapat keputusan 21A dalam peperiksaan SPM.  
Antara rahsianya ialah dia banyak minum susu, makan kurma dan mengamalkan pengambilan madu. 

Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. 
Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. 
Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.  

Jangan lupa menyediakan supplement lengkap untuk anak-anak sebagai peneman setia sepanjang perbelajaran, persediaan dan ketika peperiksaan.

Nantikan promosi istimewa dari BR HOM sempena musim peperiksaan yang bakal menjelma :)

Anak-anak cemerlang lahir dari kehidupan yang seimbang yang menekankan kepada semua aspek perkembangan jasmani, minda hati dan rohani.   
Kalau pemakanannya baik tetapi anak-anak malas belajar maka tidak menjadi juga. 
Sebab itulah kursus-kursus dan seminar-seminar motivasi turut mampu menjadi pendorong kepada tingkahlaku positif anak-anak.
Jadual Peperiksaan sepanjang tahun 2016




Tuesday, 28 June 2016

BERAYA DENGAN TENANG

Assalamualaikum :)

Adakah anda sedang mengalami masalah seperti di bawah?


Anak tidak mendengar kata? 
Anak tidak boleh duduk diam hampir dalam semua situasi?
Anak tidak boleh menumpukan perhatian kepada sesuatu aktiviti?


Kebanyakan kanak-kanak yang dikatakan terlalu lasak oleh ibu bapa masih boleh dikawal dan di disiplinkan. Mereka menjadi semakin kurang lasak apabila usia mereka meningkat 8 tahun.


TETAPI apa yang menyulitkan para ibubapa ialah apabila keadaan lasak ini
menjadi semakin tidak terkawal.  Keadaan ini dikenali sebagai 
‘Sindrom Hiperaktif’ 
atau ‘Attention Deficit’ atau ‘Hyperactive Disorder’.




Kanak-kanak hyperaktif kadangkala bukan sahaja disebabkan oleh sifat semulajadi
atau dari sudut pengasuhan tetapi juga perlu dilihat dari sudut kekurangan zat
yang amat diperlukan oleh saraf otak mereka.

Kanak-kanak seperti ini menunjukkan sifat degil serta kurang daya

tumpuan dan impulsif. Kanak-kanak ini juga biasanya turut mempamerkan

tahap pembelajaran yang rendah berbanding dengan rakan seumur mereka.


BR.HOM adalah Formula Makanan Tambahan Berkualiti untuk membantu 
Perkembangan Intelek & Sahsiah kanak-kanak.





Risau kelakuan anak-anak musim perayaan ini? Al-maklum la musim perayaan adalah masa di mana kita saling menziarahi sanak-saudara serta rakan taulan. Anda risau tidak dapat mengawal kelakuan anak-anak semasa berada di luar? 

Pengambilan BR HOM secara konsisten dapat menyelesaikan masalah kerisauan anda ketika tiba musim perayaan.





Bagaimana BR HOM dapat membantu?

Br Hom dirumus secara homeopati dengan menggunakan garam  mineral yang berkualiti.

Kandungan istimewa BR HOM? Ferrum phosphoricum
Untuk kebaikan darah merah supaya oksigen dapat di bekalkan ke seluruh tubuh terutamanya otak dengan secukupnya menjadikan kita segar sepanjang hari.

Magnesium phosphoricum
Baik untuk otot dan tisu mengelakkan kekejangan otot dan kelesuan.
Calsium phosphoricum
Untuk menguatkan tulang dan gigi
Kalium phosphoricum
Untuk kecekapan saraf terutama jantung supaya kita rasa tenang dan tak mudah gemuruh atau marah-marah.

Juga diperkaya dengan AGEN ANTIOKSIDA dari tumbuhan untuk membuang toksid dlm tubuh dan melancarkan pengaliran darah..In Shaa Allah tak mudah dapat penyakit..










Tuesday, 21 June 2016



Ibu Bapa sering risau jika prestasi anak-anak di sekolah kurang memberangsangkan, betul kan?

JIKA ANAK-ANAK ANDA :-


 Alami MASALAH mudah LUPA. 
 Sukar bangun pagi.
 Malas Belajar. 
 Sukar untuk FOKUS semasa belajar.
 Selalu mengantuk dalam kelas.
 Mudah jatuh sakit.
 Cepat pening kepala.
 Sukar berfikir dengan jelas.
 Mudah rasa gemuruh dan panik.
 Mudah hilang tumpuan.
 Selalu hilang mood.
 Mudah marah-marah.
 Mudah rasa rendah diri dan tidak yakin.



Anda sedang mencari penyelesaiannya?



MAKA BR.HOM adalah JAWAPANNYA!


Apa itu BR.HOM?

BR.HOM adalah Formula Makanan Tambahan Berkualiti untuk membantu MINDA anak-anak anda. Ia merupakan produk makanan kesihatan minda dirumus secara Homeopati & Biokimia.
BR.HOM juga berfungsi untuk mencukup dan menambahkan jumlah zat yang diperlukan agar otak lebih cergas dan cerdas.

MANFAAT BR HOM PLUS

 Meningkatkan kebolehan memori. 
 Menambah kecerdasan berfikir.
 Membina sel neuron otak.
 Menguatkan daya ingatan.
 Menambah kecerdasan fizikal.
 Menguatkan hafalan.
 Menambah & menguat sel plasma darah.
 Memudahkan peredaran oksigen dalam darah.
 Memudahkan peredaran oksigen ke otak.
 Mengelak penyakit sawan.
 Memulihkan kelesuan otak.
 Menguatkan sel saraf tunjang.
 Mengelak saraf mengecut.



JOM DAPATKAN BR HOM SEKARANG! BANTU ANAK-ANAK ANDA SUPAYA MUDAH HAFAL, MUDAH FOKUS DAN RAJIN BELAJAR!

Untuk sebarang Belian/Pertanyaan
Whatsapp 017-7024443
Whatsapp 017-7024443
Whatsapp 017-7024443

Thursday, 16 June 2016


Jom Kekal Cergas & Sihat Di Bulan Ramadhan!!




Ramai yang ingat bila puasa badan akan jadi letih dan tak bertenaga. Kata-kata sebeginilah yang boleh melemahkan kanak-kanak yang baru untuk belajar berpuasa.
Hakikatnya puasa itu sangat baik untuk kesihatan badan. Selama 11 bulan organ dalam badan kita bekerja dengan keras, dan satu bulan inilah iatu di bulan Ramadhan organ dalam badan dapat direhatkan  sebentar.
Kita boleh tingkatkan produktiviti kita dibulan Ramdhan dengan melakukan amalan-amalan ini:

1) Minum air


Minum air masak dengan secukupnya sebanyak 8 gelas sehari semasa sahur dan di malam hari. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana kita tidak menerima air pada siang hari semasa berpuasa. Hindari dari mengambil minuman bergas.

2) Makanan


Hindari makanan dengan kuantiti yang banyak. Makan dengan kuantiti yang banyak akan menyebabkan badan kita keletihan kerana memerlukan tenaga untuk pencernaan makanan.

3) Kualiti makanan


Mengambil makanan yang lengkap dengan unsur-unsur protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Hindarkan dari pengambilan makanan yang berlemak, dan berminyak.

4) Melakukan aktiviti


Jangan tidur seharian. Ini akan menyebabkan kita berasa lagi letih dan lesu. Lakukanlah aktiviti yang boleh mencergaskan kita dan hindarilah dari bermalas-malasan. Tarawih adalah aktiviti malam hari yang baik untuk kesihatan.

5) Tidak tidur lepas sahur/subuh


Tidur selepas makan menyebabkan kita tidak segar dan hilang semangat. Ini kerana tidur lepas sahur atau lepas subuh boleh buatkan kepala kita pening. Ini menjadikan kita tiada mood untuk melakukan aktiviti di pagi hari.

6) Istirehat


Sebaik-sebaiknya isterehat di masa waktu zohor dan ambil masa dalam 15 minit untuk tidur sebentar untuk kembalikan semula tenaga.

7) Berbuka


Berbuka puasa dengan minuman yang manis ataupun panas. Jangan terus melulu minum air berais atau sejuk kerana boleh menyebabkan sakit perut.
Jom cergas di bulan Ramadhan, bukan bermalas-malasan 🙂