Thursday, 16 June 2016


Jom Kekal Cergas & Sihat Di Bulan Ramadhan!!




Ramai yang ingat bila puasa badan akan jadi letih dan tak bertenaga. Kata-kata sebeginilah yang boleh melemahkan kanak-kanak yang baru untuk belajar berpuasa.
Hakikatnya puasa itu sangat baik untuk kesihatan badan. Selama 11 bulan organ dalam badan kita bekerja dengan keras, dan satu bulan inilah iatu di bulan Ramadhan organ dalam badan dapat direhatkan  sebentar.
Kita boleh tingkatkan produktiviti kita dibulan Ramdhan dengan melakukan amalan-amalan ini:

1) Minum air


Minum air masak dengan secukupnya sebanyak 8 gelas sehari semasa sahur dan di malam hari. Ini untuk mengelakkan dehidrasi kerana kita tidak menerima air pada siang hari semasa berpuasa. Hindari dari mengambil minuman bergas.

2) Makanan


Hindari makanan dengan kuantiti yang banyak. Makan dengan kuantiti yang banyak akan menyebabkan badan kita keletihan kerana memerlukan tenaga untuk pencernaan makanan.

3) Kualiti makanan


Mengambil makanan yang lengkap dengan unsur-unsur protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Hindarkan dari pengambilan makanan yang berlemak, dan berminyak.

4) Melakukan aktiviti


Jangan tidur seharian. Ini akan menyebabkan kita berasa lagi letih dan lesu. Lakukanlah aktiviti yang boleh mencergaskan kita dan hindarilah dari bermalas-malasan. Tarawih adalah aktiviti malam hari yang baik untuk kesihatan.

5) Tidak tidur lepas sahur/subuh


Tidur selepas makan menyebabkan kita tidak segar dan hilang semangat. Ini kerana tidur lepas sahur atau lepas subuh boleh buatkan kepala kita pening. Ini menjadikan kita tiada mood untuk melakukan aktiviti di pagi hari.

6) Istirehat


Sebaik-sebaiknya isterehat di masa waktu zohor dan ambil masa dalam 15 minit untuk tidur sebentar untuk kembalikan semula tenaga.

7) Berbuka


Berbuka puasa dengan minuman yang manis ataupun panas. Jangan terus melulu minum air berais atau sejuk kerana boleh menyebabkan sakit perut.
Jom cergas di bulan Ramadhan, bukan bermalas-malasan ðŸ™‚

No comments:

Post a Comment