Musim peperiksaan kembali lagi :)
Bagi calon-calon peperiksaan seperi UPSR, PT3, SPM dan STPM tentunya perlu bersedia dari sudut mental dan fizikal.
Setiap kali musim peperiksaan tiba ibu bapa menjadi insan paling penting dalam memberi sokongan & dorongan kepada anak masing-masing dalam menempuh alam peperiksaan.
Mereka jugalah insan yang paling sibuk membuat persiapan untuk memberikan yang terbaik buat anak-anak.
Masih juga ada segelintir ibu bapa di luar sana yang tidak tahu bahawa
faktor pemakanan menyumbang kepada perkembangan minda anak-anak.
Sebagai contoh:
![]() |
Nur Amalina Che Bakri |
Pada Tahun 2004, Nur Amalina Che Bakri membuat kejutan apabila berjaya mendapat 17A1 dalam keputusan peperiksaan SPM yang diumumkan.
Dia seorang pelajar yang sangat menjaga pemakanannya.
Dia tidak makan makanan ringan, makanan segera dan tidak minum minuman berkarbonat.
Dia juga tidak makan organ dalaman binatang.
Azali Azlan |
Pada Tahun 2007 pula seorang pelajar dari Sekolah Menengah Agama Yan, Kedah, iaitu Azali Azlan membuat kejutan yang lebih besar lagi iaitu dengan mendapat keputusan 21A dalam peperiksaan SPM.
Antara rahsianya ialah dia banyak minum susu, makan kurma dan mengamalkan pengambilan madu.
Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang.
Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar.
Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
Jangan lupa menyediakan supplement lengkap untuk anak-anak sebagai peneman setia sepanjang perbelajaran, persediaan dan ketika peperiksaan.
Nantikan promosi istimewa dari BR HOM sempena musim peperiksaan yang bakal menjelma :)
Anak-anak cemerlang lahir dari kehidupan yang seimbang yang menekankan kepada semua aspek perkembangan jasmani, minda hati dan rohani.
Kalau pemakanannya baik tetapi anak-anak malas belajar maka tidak menjadi juga.
Sebab itulah kursus-kursus dan seminar-seminar motivasi turut mampu menjadi pendorong kepada tingkahlaku positif anak-anak.
![]() |
Jadual Peperiksaan sepanjang tahun 2016 |
No comments:
Post a Comment